Dalam flight, diorang dah siap edar borang Imigresen Thailand tu.. So, dinasihatkan bawak la pen sendiri awal-awal. Boleh isi borang tu time dalam flight, nanti bile dah mendarat, terus je beratur kat kaunter imigresen tu. Tak payah terkulat-kulat baru nak isi. Saya nasihatkan anda semua isi je semua muka surat borang tu termasuk departure punya form. Bukan apa, senang nanti time nak balik, terus je la beratur, tak de la kena patah balik macam few person saya jumpa masa beratur nak balik dari Krabi tu, kena beratur 2 kali sebab tak isi form yang departure punya sesiap. *Adoi adik, tu pun tak perasan ke kena isi*
Ok dah lepas cop passport bagai tu, kitorang terus pergi beli tiket shuttle bas ke Aonang. Harga tiket ke Ao Nang 150THB seorang. Kaunter tiket bas tu kat dalam airport sebelum korang keluar dari airport tu. Nampak kaunter warna merah tulis Shuttle Bus Krabi Town/Ao Nang tu, haaa tu la dia. Bila dah beli tiket tu, korang pegang je tiket tu kat tangan acah-acah tayang tiket korang tu. Sebab nya, keluar je dari pintu airport, akan ada gadis-gadis Thai pakai t-shirt merah akan panggil korang. "Shuttle Bus here. What hotel you stop?" Haa tiket yang korang tayang tu la senang diorang nak kenal pasti korang nak naik bus shuttle. "Amorn Mansion Hotel" saya jawab. Lepas tu, saya tengok awek tu tulis kat note dia nama hotel tu. "You wait, 15 minutes bus come". Tak sampai 15 minit tunggu, bas shuttle sampai. Bas dia warna putih. Tunggu la sampai bas penuh, baru la bas sampai.
Dalam bus shuttle ke Aonang |
Cess, sia-sia hafal jalan, rupanya menghala Krabi Town dulu. Lepas tu, bas terus jalan balik ke Ao Nang. Hari dah start gelap, local time baru pukul 6. Rupa-rupa nya timing siang and malam kat Krabi tu sama je macam waktu kita kat Malaysia. Jam tangan pukul 7, hari dah start gelap. Tapi kat sana punya local time baru pukul 6 pm. Tengah jalan tu, sekali lagi bas berhenti, kali ni tepi jalan pulak. Lepas tu ada uncle Thai tu masuk dalam bas tanya nama hotel. Kitorg bagitahu la Amorn Mansion.. Lepas tu tetiba dia cakap "Ok, you go down, later small car take you" Huhu dah nak nangis tetiba kitorang berdua je kena turun dari bas. Turun je kat situ, tros ade few lagi orang Thai cakap "You wait inside". Masuk la dalam kedai tu sebab ingatkan memang tempat transfer transport.
Sekaliiiii.. masuk je dalam.. "Welcomeee.. Please seat here.. Do you have any tour tomorrow? We can offer you tour bla bla bla bla" Dengan slang yang kami tak faham ape jadah satu pun walaupun dia speaking
Lepas tu kitorang keluar kedai tu sebab laki saya nak hisap rokok. "Rasanya driver bas tu dah jual kita. Dia amik komisyen turunkan orang kat sini" Kata laki saya. Haishhh dah la flight delay, kena jual pulak tu dengan driver bas. Nasib kitorang dah datang & buat research, so taulah harga 4000THB yang dia offer tu mahal. Memang tak beli la. Masuk balik dalam kedai sebab tak mo kena asap rokok laki, saya borak la ngan budak-budak lain. Semua bengang kena turun dari bas. And semua kena benda sama dengan kami. Disuruh book tour dengan ajen tu. So, sempat la pesan kat orang-orang lain yang turun tu jangan beli kat situ.. beli kat tepi pantai aonang lagi murah and banyak choice.
Seperti yang diberitahu uncle atas bas tadi, ada small car akan transfer kami, naik lah kami kereta macam avanza ke apa tah ke hotel masing-masing. Memang dalam kereta, kitorang mengumpatlah nape driver bas tu buat kitorang. Stresss je semua. Dia drop 1 by 1.. Sampai hotel kitorang, Amorn Mansion "I stop here, you walk up. The road small, car cannot go" Driver tu tunjukkan hotel kitorang. Haa nampak signboard hotel terus lega..
Sampai je hotel, terus check in. Nasib dah book dengan Agoda, so semua details dah ada. Sesambil nak settle check in, awek receptionist tu tanya la, "do you have tour tomorrow?" "No, we don't have. Do you offer any" "Yes we have island tour" Tengok hargaaaa 1000THB.. OK BYE! Terus sengih cakap, "it's okay, we will survey with others" Dapat kunci, tengok nombor, 4... haaaa hamik tingkat 4. Hotel Amorn Mansion ni tak ada lif ye kawan-kawan.
Masuk je bilik... Haaaa puas hati jugak la dengan bilik Standard Room Amorn Mansion ni. Nama pun standard room. So kecik la sikit.. and tak ada balcony. Tapiii ada mini refrigerator. Dalam website agoda gambar TV dia, TV lama yang kotak besar and berat tu.. Tapi bilik kitorang tu TV LCD. Mungkin diorang dah upgrade. Another plus point for Amorn Mansion tu. Check wifi, setiap level ada wifi sendiri. Ok bagusss.. Up lagi point. Tengok toilet pulak... Super cleann.. and ada paip getah.. Up lagii point untuk hotel ni. Maklumlahhh orang melayu.. Toilet mesti mau ada paip getahhh.. Check air water heater.. Ok, heater function elok.. Tapi pressure plak tak bape nak ada.. Bolehlahhhh nak mandi tu kira ok lah.. Satu je kecewa.. Macam ada blog sorang tu aku baca pasal hotel ni, kira aku pun upset benda yang sama ngan blogger tu. Dalam website Agoda tunjuk gambar tuala ada bentuk swannnn... Tapiiii bila aku masuk bilik, towel tu dia gantung dalam toilet jeeee... Kecewaaaa...
Ni Standard Room, Amorn Mansion. Berbaloi untuk duit anda. |
4 Island Tour with Long Tail Boat 350THB seorang.
Include, free mineral water, fruit, transportation, insurance & lunch. Harga tak termasuk Government Island Fee 200THB seorang.. So total, 550THB seorang..
Nampak tak jauh beza dengan harga tour agent driver bas dengan hotel punya?? Dekat 450THB beza tau.. korang boleh dapat sekali dinner la dengan duit lebih tu. Dah habis book tour 4 island, saja la pulak tanya Emerald Pool sebab nak tau beza harga nanti.
Harga display kat phamplet 1000THB untuk Emerald Pool + Hot Stream package (8.30am - 11.30am). Pakej hanya include transport sahaja.
Kalau Fullday Emerald Pool + Hot Stream + Tiger Cave Temple + Elephant Trekking = 1800THB (8.30am - 4.00 pm)
Mahal beb.. Harga lepas convert duit Malaysia lebih RM100 sorg.. Tak jadi book dengan agent. Kitorg proceed je dengan 4 island punya pakej. Sebab kitorang ada backup plan untuk ke Emerald Pool. *NAIK MOTOR*
Lepas tu, terus jalan sampai ke Masjid Aonang. Sebab katanya senang dapat makan halal kat situ. Rupa-rupanya kat celah-celah kedai tu pun banyak kedai halal. Tapi sila take note, kedai makanan India kat sane memang semua kata Halal, tapi aku tengok selamba jual arak sekali. So cancel nak makan kat restaurant makanan India. Sampai masjid, memang ada few gerai makcik Islam jual makan. Singgah la satu kedai ni.. Akak tu tegur.. "Tapau?" "No.. Makan sini" aku jawab.. ehhh boleh pulak aku tercakap melayu.. "Tak apa.. Faham" Akak tu cakap.. Haaa terus la order cakap melayu. Kari hijau 1, Omelet Ketam 1, nasi 2, mango shake 1, and teh o ais 1... Haaaaa tak sampai 10 minit, siapppp.. Kari hijau dia terbaek wohhh.. Mango shake dia lagiii laaa tak terkata.. Sebijik mangga dia letak.
Ni lauk dinner kami yang first. |
Dengan perut yang kenyang, jumpa pulak pakcik jual pancake. Kat Krabi ni fames dengan pancake diorang.. Jalan sana sini jumpa orang jual pancake. Nak tau pancake dia macam mana rupa, try la pegi sana. And tak mustahil trend ni nanti sampai kat Malaysia. Haaa... Beli la sekeping 50THB Banana Nutella with chocolate. Tak muat perut dah nak makan masa tu sebab baru lepas makan nasi, so kitorang tapau je bawak balik hotel. *X sempat snap gambar sebab dah penat*
Balik hotel tengok jam dah pukul 11.30 pm (Lebih kurang 10.30pm local time). So baru la mandi and terus tido sebab dah penat and nak bangun awal punya pasal untuk tour island esok.
TIPS TRAVEL TO KRABI :
1. Do research. At least letak dalam kepala otak korang nak pergi tour apa. 4 Island? Phi Phi Island? Hong Island? Emerald Pool? Elephant Trekking? Water Kayaking?
2. Survey & survey & sruvey. Once arrive at Ao Nang, sila survey semua kedai untuk dapat kan harga yang puas hati. Kalau pergi ramai-ramai, boleh bargain dengan salesperson tu. Jangan risau. Orang Krabi tak makan orang aihhh... Diorang peramah yang amat even English diorang broken kaw-kaw. At least diorang try to speak English jugak la.
3. Kalau nak jimat, sila makan kat gerai-gerai sahaja. Kalau restaurant, range harga lauk yang kitorg makan tu mungkin sekitar 500THB.
4. Cari kedai halal tak susah. Nampak je kedai ada lambang bulan dan bintang tu, halal la maknanya. Tapi berhati-hati dengan Restaurant Makanan India di Krabi. Almost 90% serve liquor.
5. Dinasihatkan bawak beg kalis air. Kalau tak ada, boleh beli kat sekitar kedai Ao Nang ni. Banyak je jenis. Pandai-pandai tawar harga untuk kepuasan sendiri.