Pages

Tuesday, October 27, 2015

Krabi Budget Trip Day 2 - 4 Island Tour

Awal pagi saya ngan husband dah bangun. Pukul 8.15am dah tercatuk depan K.T. Travel punya booth. Kalau ikut kan, bila kita beli pakej, akan ada orang tunggu kita kat hotel, tapi disebab kan hotel Amorn Mansion ni ke atas bukit sikit, and susah kereta nak masuk, kitorang di suruh tunggu siap-siap kat booth K.T Travel tu tunggu orang datang pick up.

Sampai sane, kedai pun tak bukak lagi.. Jadinya kami ke Family mart untuk beli roti, biskut and air mineral. Haa time ni dah gaduh dengan laki.. Dah cakap dengan dia, tak payah beli air.. Dalam bot diorang bagi free flow. Means amik berapa kali kita nak pun. Tapi laki insist nak beli gak. So saya suruh dia amik botol kecik ja.

Laluan dari Amorn Mansion ke jalan besar. Memang sempit pun. Tu sebab kena tunggu kat office tour. Office tu betul-betul kat belah kiri hujung lorong ni.. menghadap jalan besar.

Dah lepas beli tu, tunggu balik depan kedai tour kami tu. Tak lama lepas tu, ada la trak pickup atau nama local nya Songtheaw datang berhenti. Turun sorang brader ni tanya 4 island? Kitorang angguk. Receipt please. Kitorang keluarkan resit, pastu tros naik trak tu.

Gambar blur plak. Dalam Songtheaw tu.
 Rupa-rupanya semua bot untuk buat island tour berlepas dari Napara Thara Beach. Sampai sana, punya ramai manusia nak buat island tour. Lepas trak tu turun kan kami, dia pergi amik orang lain pulak. Masa tu jam dekat 8.45 am. Ada brader lain pulak bagi taklimat, 9.00 am berkumpul balik kat situ. Dia bagi free time. So, kitorang jalan-jalan la kat deret kedai yang ada. Jumpa satu kedai ni jual makanan goreng-goreng. Nampak sotong dia gemuk-gemuk. Tanya harga 90THB. Ok rembat.. Buat breakfast kata nya. Jam 9.00am berkumpul balik, kami kena tulis nama bagi tujuan insurans dan setiap orang di beri pelekat tour. Lepas tu dia announce lagi, 4 island long tail boat, 9.30am meet here.. cesss lama lagi... Melepek la kami kat situ tunggu jam 9.30am. Lepas tu ramai-ramai beratur ikut tour leader tu naik bot.

Sebelum naik bot, kami di suruh buka selipar dan semua selipar kami disimpan dalam satu beg besar. Mungkin untuk kesenangan semua pihak, tak ada yang tercicir selipar tengah laut ke apa, maka diorang kumpulkan satu tempat.

Makan bergerak lah kami beramai-ramai dalam bot menuju destinasi pertamaaaa.. Iaitu PODA ISLAND. Masa perjalanan dalam 20 minit. Tour leader tu pun bagi taklimat sikit dalam boat even English dia berterabur and tak berapa paham, tapi boleh tangkap dia cakap Poda Island, 40 minutes. Maknanya kami semua diberikan masa 40 minit untuk explore pulau tu.


Dah puas berenang, naik bot lagi.. Kali ni destinasi ke-2 adalah Chicken Island. Dalam bahasa Thai nya, Koh Kai Island. Kat sini memang boleh nampak pulau tu bentuk macam kepala ayam. Bot tak berhenti tepi pantai macam mula-mula. Bot berhenti tengah lauh untuk activity snorkeling. Yang ni kami tak snap gambar sebab tak ada camera waterproof. Pun dia kasi chance berenang dalam 40 minit. Coral kat sini tak banyak and tak berapa cantik. Tapi sempat la nampak tiram besar gila kat dasar laut tu.. sempat tengok dia bukak tutup bukak tutup cengkerangnya tu.. Cukup 40 minit, tour guide kami tiup wisel suruh naik bot.

Lepas tu dia bawak ke pulau ke-3 iaitu Tup Island. Haaa.. Sampai je pulau ni, kami terus di beri lunch dan masa lebih kurang sejam setengah untuk explore pulau tu.

Nak cerita sikit pasal Tup Island ni. Kat area ni ada 3 pulau yang berdekatan. Dan jika bernasib baik, tour guide akan bawak korang ke sini time air tengah surut.. Sebab nya, korang boleh berjalan dari satu pulau ke pulau lagi satu dengan jalan kaki je bila air surut.. Kalau air pasang tak leh nak lintas laut tu.

Ni la Tup Island




Nampak orang kat tengah laut tu? haa tu semua tengah meraduk air laut nak ke pulau belakang tu..

Penat jugak menyeberang pulau tu time air tengah paras lutut. Pergi balik dekat setengah jam jugak la.

Cukup masa, naik bot lagi untuk ke destinasi akhir. Phra Nang Beach.

Kat sini pun beractivity renang.. Yang syok nya kat sini, boleh berenang bawah gua.

Kat Phra Nang Beach



Lepas tu, kat sini kalau nak beli makanan, diorang ada jual dari bot. Kitorang sempat beli fruit shake yang super sedap and jagung bakar yang biasa-biasa aja.
Haa tu dia gerai jual makanan diorang. Boleh order nasi goreng sekali tau!
Cukup 40 minit, macam biasa la.. Naik bot untuk balik. Tengok jam dah pukul 3 petang. Turun je bot nanti, dah ada orang pacak meja jual cenderahati ada gambar korang.. Tapi sayang, puas kitorang carik gambar kitorang, tak jumpa pun.. so, tak beli la..

Nak balik dari hotel kali ni pulak, diorang sedia kan bas, and dia berhenti kat setiap perhentian korang. Kalau tak berhenti, boleh je jerit suruh driver tu stop.

Sebelum balik hotel, sempat lagi singgah family mart dengan baju basah kitorang tu sebab nak beli shampoo. (Tak bawak syampoo punya hal & saya jenis tak suka pakai shampoo hotel)

Sampai hotel mandi and rehat kejap. Penat berenang punye pasal. Lebih kurang pukul 5 petang, kami keluar balik jalan-jalan. Macam biasa la.. Mesti makan je kami cari. Jalan-punya jalan sampai penat nak patah balik ke hotel, kami naik tuk-tuk.

First-first cakap kat driver tu, "McD area" "30 baht" jawap driver tu. Ok on sebab dah penat nak patah balik plus perut dah lapar balik. So, laki saya borak la ngan driver tu walaupun tak paham sepatah haram dia sebut. Sekali laki saya tanya "Night Market how much" dia cakap dia tak bawak pegi sana. Lepas tu macam mana tah, dia sebut "Go Local Market today" tanya harga "300 baht, i wait you" macam mahal, tapi laki saya setuju pulak.. Tak apalah.. pergi je la..

Haaa sampai sana, syok jugak. Tak de tourist kami jumpa kat situ. Makanan kat sana memang banyak. Sempat grab, udang goreng, Egg mussle, Fruit shake and paling saya suka, pisang lenyek cicah sos susu. Serius ini memang sedap gila! Mana nak dapat eh kat sini?
Ni kat Local Market Ao Nang. Ingat ye.. beza dengan Night Market Krabi. Yang ni dekat je ngan Ao Nang.

Ni la rupa pisang lenyek tu. Makan dengan sos dia. Memanggg sedap. Menyesal beli satu set aje.

Dah abis beli belah, suruh driver tu hantar tepi pantai. Sebab nak lepak tepi pantai sambil makan juadah yang kami beli kat pasar tu.

Abis makan, lepak sampai pukul 6 lebih. Hari dah mula gelap, kami jalan-jalan lagi kat Ao Nang tu sesambil tanya harga sewa motor. Sebab nya esok nak pergi ke Emerald Pool naik moto. Nak jimat punya hal. Nanti saya bagitau berapa banyak korang dapat jimat kalau sewa motor sendiri banding beli pakej kat agent tour.

Sambil jalan tu, perut kami lapar lagi.. *Kami memang kuat makan. Selang setengah jam tu perkara normal* 

Malam kedua kami decide makan kat warung jugak lagi. Kali ni saya order Pad Thai, and laki saya order nasi goreng. Pun murah, jimat, kenyang dan paling penting sedap. Kedai ni kecik je, tapi orang ramai. Ada orang putih tu sanggup tunggu meja kosong sebab nak makan kat situ jugak. Yang pelik, kedai sebelah yang tak halal tu tak nak pulak diorang makan.
Pad Thai.

Ni gerai nya.. Biasa je kan.. Tapi orang ramai makan kat sini.

Abis makan biasa la.. berjalan lagi. *Kat krabi ni memang berjalannnn je* Sambil jalan, nampak kedai jual pancake lagi.. Singgah lagi beli.. Malam tu saya cuba pulak manggo nutella pancake. Haaa sedap jugak kottt.. *Kan dah cakap, kami kuat makan.. tak sampai setengah jam tu selang masa*. Sesambil tu usya lagi kedai sewa motor.

Tengah jalan-jalan tu, ada awek offer massage kat kami. Semua kami tolak.. Sampai la kat satu kedai ni, dekat dengan hotel kami jugak.. Dia offer foot massage harga 200 baht untuk 1 jam. Dia bagi sekali FREE shoulder and neck massage. OKKK terus kami setuju sebab dah penat jalan.

Memang sedap kot kena massage. Murah pulak tu. Kalau kat uptown RM25 utk setgh jam je.. yang ni dapat 200THB untuk sejam tu.

Abis massage terus balik hotel sebab dah penat. Tengok jam dekat pukul 11 local time. Jam Malaysia pukul 12 mlm. Sebab tu dah layu. Masuk tido awal sebab esok nak bangun awal lagi dengan tour seterusnya.






Friday, October 16, 2015

Krabi Budget Trip Day 1 - Arrival

Lepas dah selamat naik flight yang dah delay tu, kami pun selamat sampai ke Krabi International Airport jam 4.45pm Local Time. Dalam flight dah bagitau local time dekat Krabi ni delay 1 jam dari waktu Malaysia. Haa senang nak kira.. tak payah nak adjust jam tangan.. Papehal tolak je satu jam bile tengok jam tangan tu. Tapi yang syok nya, jam kat henpon auto roaming! So lagi senang.. Nak tengok apa2 timing, tengok henpon je lagi tepat *Saya jarang ke oversea*

Dalam flight, diorang dah siap edar borang Imigresen Thailand tu.. So, dinasihatkan bawak la pen sendiri awal-awal. Boleh isi borang tu time dalam flight, nanti bile dah mendarat, terus je beratur kat kaunter imigresen tu. Tak payah terkulat-kulat baru nak isi. Saya nasihatkan anda semua isi je semua muka surat borang tu termasuk departure punya form. Bukan apa, senang nanti time nak balik, terus je la beratur, tak de la kena patah balik macam few person saya jumpa masa beratur nak balik dari Krabi tu, kena beratur 2 kali sebab tak isi form yang departure punya sesiap. *Adoi adik, tu pun tak perasan ke kena isi*

Ok dah lepas cop passport bagai tu, kitorang terus pergi beli tiket shuttle bas ke Aonang. Harga tiket ke Ao Nang 150THB seorang. Kaunter tiket bas tu kat dalam airport sebelum korang keluar dari airport tu. Nampak kaunter warna merah tulis Shuttle Bus Krabi Town/Ao Nang tu, haaa tu la dia. Bila dah beli tiket tu, korang pegang je tiket tu kat tangan acah-acah tayang tiket korang tu. Sebab nya, keluar je dari pintu airport, akan ada gadis-gadis Thai pakai t-shirt merah akan panggil korang. "Shuttle Bus here. What hotel you stop?" Haa tiket yang korang tayang tu la senang diorang nak kenal pasti korang nak naik bus shuttle. "Amorn Mansion Hotel" saya jawab. Lepas tu, saya tengok awek tu tulis kat note dia nama hotel tu. "You wait, 15 minutes bus come". Tak sampai 15 minit tunggu, bas shuttle sampai. Bas dia warna putih. Tunggu la sampai bas penuh, baru la bas sampai.

Dalam bus shuttle ke Aonang
On the way ke Ao Nang tu, sibuk la kami laki bini ni dok tengok jalan & hafal few landmark. Sebab nak naik motor ke Emerald Pool. Punya la puas menghafal, tetiba bas stop kat satu station ni. "Krabi Town.. Krabi Town" *Sila baca dalam nada slanga Thai*. Semua dalam bas puzzled. Aku pun konpius apa dia sebut. Sebab sebutan dia tak clear. "Pekan Krabiiii" ooo aku dah tangkap apa die sebut sebab duduk depan sekali. Tapi orang lain still puzzled lagi. "Krabi Towwnnnnn" dia jerit last-last. Satu bas tros bunyi "OoooOOoooOOoo Krabi Town" Hahahaha.. boleh dikatakan 80% dalam bas tu rakyat Malaysia. Pastu ada la sorang awek omputih ni turun kat Krabi Town nye station.

Cess, sia-sia hafal jalan, rupanya menghala Krabi Town dulu. Lepas tu, bas terus jalan balik ke Ao Nang. Hari dah start gelap, local time baru pukul 6. Rupa-rupa nya timing siang and malam kat Krabi tu sama je macam waktu kita kat Malaysia. Jam tangan pukul 7, hari dah start gelap. Tapi kat sana punya local time baru pukul 6 pm. Tengah jalan tu, sekali lagi bas berhenti, kali ni tepi jalan pulak. Lepas tu ada uncle Thai tu masuk dalam bas tanya nama hotel. Kitorg bagitahu la Amorn Mansion.. Lepas tu tetiba dia cakap "Ok, you go down, later small car take you" Huhu dah nak nangis tetiba kitorang berdua je kena turun dari bas. Turun je kat situ, tros ade few lagi orang Thai cakap "You wait inside". Masuk la dalam kedai tu sebab ingatkan memang tempat transfer transport.

Sekaliiiii.. masuk je dalam.. "Welcomeee.. Please seat here.. Do you have any tour tomorrow? We can offer you tour bla bla bla bla" Dengan slang yang kami tak faham ape jadah satu pun walaupun dia speaking English Thailish. Yang aku dapat tangkap dia sebut, Island Tour 2 person 2000THB. Hah sudahhhhh... Jual pakej rupanyaaaaaa... Aku pun tanya la Emerald Pool.. Pok pek pok pek dia cakap, "I offer you all 4000THB FREE NIGHT MARKET & AIRPORT TRANSFER". Puihhhh mahal nak mampuihhhh.. Dalam hati saya cakap, jangan laaaaaa laki aku setuju nak beli nih.. Sekali laki saya keluar ayat "It's ok. We already book at hotel" tapi tak book apa2 pun lagi. "What tour?" Dia tanya lagi.. Saya terus menyampuk "Island & Emerald Pool". "Ok next, you seat hereee.." Dia cakap kat orang lain pulak.. Pusing belakang, laaa ramai rupanya kena turun dari bas.. Adalah dalam 15 orang. 1 Couple chinese, yang lain semua melayu.

Lepas tu kitorang keluar kedai tu sebab laki saya nak hisap rokok. "Rasanya driver bas tu dah jual kita. Dia amik komisyen turunkan orang kat sini" Kata laki saya. Haishhh dah la flight delay, kena jual pulak tu dengan driver bas. Nasib kitorang dah datang & buat research, so taulah harga 4000THB yang dia offer tu mahal. Memang tak beli la. Masuk balik dalam kedai sebab tak mo kena asap rokok laki, saya borak la ngan budak-budak lain. Semua bengang kena turun dari bas. And semua kena benda sama dengan kami. Disuruh book tour dengan ajen tu. So, sempat la pesan kat orang-orang lain yang turun tu jangan beli kat situ.. beli kat tepi pantai aonang lagi murah and banyak choice.

Seperti yang diberitahu uncle atas bas tadi, ada small car akan transfer kami, naik lah kami kereta macam avanza ke apa tah ke hotel masing-masing. Memang dalam kereta, kitorang mengumpatlah nape driver bas tu buat kitorang. Stresss je semua. Dia drop 1 by 1.. Sampai hotel kitorang, Amorn Mansion "I stop here, you walk up. The road small, car cannot go" Driver tu tunjukkan hotel kitorang. Haa nampak signboard hotel terus lega..

Sampai je hotel, terus check in. Nasib dah book dengan Agoda, so semua details dah ada. Sesambil nak settle check in, awek receptionist tu tanya la, "do you have tour tomorrow?" "No, we don't have. Do you offer any" "Yes we have island tour" Tengok hargaaaa 1000THB.. OK BYE! Terus sengih cakap, "it's okay, we will survey with others" Dapat kunci, tengok nombor, 4... haaaa hamik tingkat 4. Hotel Amorn Mansion ni tak ada lif ye kawan-kawan.

Masuk je bilik... Haaaa puas hati jugak la dengan bilik Standard Room Amorn Mansion ni. Nama pun standard room. So kecik la sikit.. and tak ada balcony. Tapiii ada mini refrigerator. Dalam website agoda gambar TV dia, TV lama yang kotak besar and berat tu.. Tapi bilik kitorang tu TV LCD. Mungkin diorang dah upgrade. Another plus point for Amorn Mansion tu. Check wifi, setiap level ada wifi sendiri. Ok bagusss.. Up lagi point. Tengok toilet pulak... Super cleann.. and ada paip getah.. Up lagii point untuk hotel ni. Maklumlahhh orang melayu.. Toilet mesti mau ada paip getahhh.. Check air water heater.. Ok, heater function elok.. Tapi pressure plak tak bape nak ada.. Bolehlahhhh nak mandi tu kira ok lah.. Satu je kecewa.. Macam ada blog sorang tu aku baca pasal hotel ni, kira aku pun upset benda yang sama ngan blogger tu. Dalam website Agoda tunjuk gambar tuala ada bentuk swannnn... Tapiiii bila aku masuk bilik, towel tu dia gantung dalam toilet jeeee... Kecewaaaa...

Ni Standard Room, Amorn Mansion. Berbaloi untuk duit anda.
Lepas dah puas hati dengan bilik, and membuang serba sedikit lebihan air kumbahan dalam badan ni, kitorang terus keluar untuk dinner. Turun je dari hotel, sebelah kiri ada sederet kedai-kedai.. Macam-Macam kedai ada. Jual souvenir, jual makan, jual Tour.. Survey punya survey, kitorang book dengan K.T Travel and Tour yang betul-betul sebelah lorong Hotel Amorn Mansion ni. Awek tu terus offer kitoran :

 4 Island Tour with Long Tail Boat 350THB seorang.
Include, free mineral water, fruit, transportation, insurance & lunch. Harga tak termasuk Government Island Fee 200THB seorang.. So total, 550THB seorang..

Nampak tak jauh beza dengan harga tour agent driver bas dengan hotel punya?? Dekat 450THB beza tau.. korang boleh dapat sekali dinner la dengan duit lebih tu. Dah habis book tour 4 island, saja la pulak tanya Emerald Pool sebab nak tau beza harga nanti.

Harga display kat phamplet 1000THB untuk Emerald Pool + Hot Stream package (8.30am - 11.30am). Pakej hanya include transport sahaja.
Kalau Fullday Emerald Pool + Hot Stream + Tiger Cave Temple + Elephant Trekking = 1800THB (8.30am - 4.00 pm)

Mahal beb.. Harga lepas convert duit Malaysia lebih RM100 sorg.. Tak jadi book dengan agent. Kitorg proceed je dengan 4 island punya pakej. Sebab kitorang ada backup plan untuk ke Emerald Pool. *NAIK MOTOR*

Lepas tu, terus jalan sampai ke Masjid Aonang. Sebab katanya senang dapat makan halal kat situ. Rupa-rupanya kat celah-celah kedai tu pun banyak kedai halal. Tapi sila take note, kedai makanan India kat sane memang semua kata Halal, tapi aku tengok selamba jual arak sekali. So cancel nak makan kat restaurant makanan India. Sampai masjid, memang ada few gerai makcik Islam jual makan. Singgah la satu kedai ni.. Akak tu tegur.. "Tapau?" "No.. Makan sini" aku jawab.. ehhh boleh pulak aku tercakap melayu.. "Tak apa.. Faham" Akak tu cakap.. Haaa terus la order cakap melayu. Kari hijau 1, Omelet Ketam 1, nasi 2, mango shake 1, and teh o ais 1... Haaaaa tak sampai 10 minit, siapppp.. Kari hijau dia terbaek wohhh.. Mango shake dia lagiii laaa tak terkata.. Sebijik mangga dia letak.

Ni lauk dinner kami yang first.


Haaa ni satu bab kat Krabi, makan kat sini mahal sikit dari harga kita makan kat Kedai tomyam/kedai Mek Kelate kat Malaysia. Harga total makan kitorang malam tu 390THB.. kalau convert dalam RM40 gak la.. Syukurrr harga kat Malaysia tak sampai macam tu lagi.. Abis makan amik mood nak jejalan lagi.. Singgah beli waterproof cover untuk phone.. kat sana jual 150THB satu, rembat je la kannn..

Dengan perut yang kenyang, jumpa pulak pakcik jual pancake. Kat Krabi ni fames dengan pancake diorang.. Jalan sana sini jumpa orang jual pancake. Nak tau pancake dia macam mana rupa, try la pegi sana. And tak mustahil trend ni nanti sampai kat Malaysia. Haaa... Beli la sekeping 50THB Banana Nutella with chocolate. Tak muat perut dah nak makan masa tu sebab baru lepas makan nasi, so kitorang tapau je bawak balik hotel. *X sempat snap gambar sebab dah penat*

Balik hotel tengok jam dah pukul 11.30 pm (Lebih kurang 10.30pm local time). So baru la mandi and terus tido sebab dah penat and nak bangun awal punya pasal untuk tour island esok.


TIPS TRAVEL TO KRABI :
1. Do research. At least letak dalam kepala otak korang nak pergi tour apa. 4 Island? Phi Phi Island? Hong Island? Emerald Pool? Elephant Trekking? Water Kayaking?

2. Survey & survey & sruvey. Once arrive at Ao Nang, sila survey semua kedai untuk dapat kan harga yang puas hati. Kalau pergi ramai-ramai, boleh bargain dengan salesperson tu. Jangan risau. Orang Krabi tak makan orang aihhh... Diorang peramah yang amat even English diorang broken kaw-kaw. At least diorang try to speak English jugak la.

3. Kalau nak jimat, sila makan kat gerai-gerai sahaja. Kalau restaurant, range harga lauk yang kitorg makan tu mungkin sekitar 500THB.

4. Cari kedai halal tak susah. Nampak je kedai ada lambang bulan dan bintang tu, halal la maknanya. Tapi berhati-hati dengan Restaurant Makanan India di Krabi. Almost 90% serve liquor.

5. Dinasihatkan bawak beg kalis air. Kalau tak ada, boleh beli kat sekitar kedai Ao Nang ni. Banyak je jenis. Pandai-pandai tawar harga untuk kepuasan sendiri.

Krabi Budget Trip Day 1 Pre - Departure

Hello readers! Blog post ni saya tuliskan khas untuk anda semua yang mencari tips jimat belanja ketika bercuti di Krabi, Thailand.

Macam biasa, tips asas untuk bercuti dengan murah adalah tunggu ketika AirAsia buat FreeSeat or ZeroFair Promotion. Saya beli tiket ke Krabi ni dah lama. Sebelum kahwin lagi dengan tujuan untuk pergi honeymoon. Masa beli tu, tarikh kahwin pun belum finalized kan lagi. Maklumlah baru bertunang 2 minggu je mase book tiket flight tu (Bulan Ogos 2014). hehehe (kawan2 boleh ikut tips ni kalau nak suruh pasangan anda tetapkan tarikh dengan cepat) Tarikh yang dipilih untuk fly ke Krabi adalah October 2015. Nampak tak perancangan halusnye?? Maknanya, tarikh kahwin haruslah tidak melebihi bulan October 2015. Alhamdulillah, kami selamat berkahwin pada April 2015 lepas (Kalau tau, amik tiket lagi awal). Lama gak peram tiket nak pergi holiday and nasib tak ada isi lagi. (Belum rezeki kami). Kalau dah ada isi pun, saya tetappp nak fly ke Krabi gak!

Masa promo AirAsia tu, tiket ke Krabi kami dapat dengan harga RM284 untuk 2 tiket pergi balik (RM142/seorang) termasuk Seat Selection add-on (Kononnya tak mahu duduk asing kalau tak pilih seat awal-awal). Add-on lain saya tak buat termasuk luggage, meals & travel insurance (Nak jimat punya hal).



Dah beli tiket flight, haruslah kita booking hotel kan. hehehe.. Walaupun saya ni kerja di travel agent, saya ni tetap suka holiday style backpackers!

Sebab nya :

1 . Lebih menjimatkan belanja
2. Timing lebih flexible. (Tak terkejar-kejar nak ikut tour guide tu punya timing.)
3. Saya memang suka sesat!! (Sebab kita tak akan tau apa bende yang akan jadi. Boleh jadi kita jumpa something yang orang lain tak pernah rasa atau tau, or mungkin boleh jadi pengalaman buruk, so, boleh bg tips kat orang lain)

So, hotel saya usya dulu kat booking.com, agoda, laterooms, expedia dan segala macam website instant booking punya. Banding punya banding, saya book kat agoda.com. Hotel yang saya pilih adalah Amorn Mansion dengan harga sebanyak MYR200.52 untuk 3 malam (kira2 MYR66.84/malam).



Murahkan untuk 3 malam? Ye la, nama pun nak holiday style backpackers, so hotel yang kitorg pilih pun yang bajet punya la. Pilihan dibuat lepas bandingkan lokasi dengan lain-lain hotel. Hotel ni dekat dengan pantai and dekat dengan deret-deret kedai. Senang untuk cari makan, sewa motor, massage, tour dan makan lagi. Landmark hotel ni dekat dengan McD (McD sana tak dapat dipastikan tahap ke Halal an nya.. Saya tak makan pun)




Tunggu punya tunggu, tarikh untuk fly dah sampai. Yang pening nya, masa nak pergi kadar tukaran Thai Baht (THB) ke Ringgit Malaysia (MYR) adalah sebanyak 100 THB = MYR12.30. Mahal gila! Tapi nak tak nak kena la tukar jugakkan duit tu. Nak tukar kat Thailand lagi mahal jawabnya. So 2 hari sebelum fly, saya tukar dulu 10000 THB = MYR1230. Tuptup, pagi sebelum kami fly, duit Thai Baht jatuh lagi, (100THB = MYR12.17) saya terus ajak laki gegas tukar lagi 4000 THB dengan tujuan spare emergency.

Macam yang korang semua tahu, Malaysia sekarang dah tambah lagi satu musim selain Musim Panas & Musim Tengkujuh iaitu Musim JEREBU! Ni pun satu hal buat kitorg pening! Tengok berita banyak flight kene cancel. Sehari sebelum fly lagi pening, kat berita cakap Thailand pun dah kena jerebu! Risau beb flight kena cancel. Tapi Alhamdulillah, flight kami tak kena cancel. Jadi tak perlu beli Travel Insurance.

Hari nak ke airport tu, kitorang decide nak naik Aerobus je dari Klang. Aerobus dari Klang hanya depart dari Hotel Premiere sahaja. Dengan harga tiket RM12/seorang. Beli online je kat sini. Masa perjalanan tepat 1 jam dari Klang ke KLIA2.

Sampai airport macam biasa la, mesti cari makan dulu sebab sampai awal. (Flight pukul 4.15pm, jam 2.00pm dah tarcatuk kat KLIA2). Makan la kat QUIZZIN. Carik gerai nasi goreng-goreng. Perut melayu la katakan.. Nak jugak makan nasi. (Mahal dan tak sedap! Air teh O ais dia serupa minum air gula kosong je. Teh tak ada rasa langsung).

Abis makan, terus masuk terminal gate L16. Jauh okeh nak pergi International punya terminal tuh! Tengah syok tunggu, baruuuu je lepas cakap kat laki saya "Eh macam flight delay je nih.. Tak nampak pun flight nye" tetiba terus dengar "ting tonggg.. Harap maaf. Kepada penumpang pesawat AK860, penerbangan anda ditangguhkan ke waktu 4.45pm atas sebab kelewatan pesawat. Harap Maklum" lebih kurang tu la pengumuman nye... Haaaa ngammmm je lepas saya cakap kat laki saya benda tu... okehhh.. Layan main fesbuk balik.. Tengok jam, oklah lewat setengah jam, choiiii... Dekat sejam gak last-last delay nya!

Tak pe lah.. Janji kitorang dapat jugak pergi ke Krabi tu, daripada kena cancel flight, tak lagi naya!!



P/S : Saya still update lagi entry untuk Day 1, Day 2, Day 3 and Day 4 Krabi Trip saya

TRAVELLING TO KRABI TIPS:

1. Beli tiket time AirAsia tengah sale. Boleh dapat serendah RM300 untuk 2 orang pergi balik punya tiket.

2. Book hotel kat Agoda.com, Booking.com, Expedia, Trivago, Hotelsclub etc. Buat perbandingan.. Sebab setengah website offer lagi murah walaupun hotel yang sama.

3. Kalau tak ada transport nak ke KLIA / KLIA2, boleh try naik Aerobus. Kalau dari Klang, Aerobus hanya depart dari Hotel Premiere dengan tiket berharga RM12 /sehala/seorang. Beli online awal-awal pun boleh. Flight awal pagi pun tak ada masalah sebab Aerobus bermula seawal 3.00 pagi dari Klang.