Pages

Friday, October 16, 2015

Krabi Budget Trip Day 1 Pre - Departure

Hello readers! Blog post ni saya tuliskan khas untuk anda semua yang mencari tips jimat belanja ketika bercuti di Krabi, Thailand.

Macam biasa, tips asas untuk bercuti dengan murah adalah tunggu ketika AirAsia buat FreeSeat or ZeroFair Promotion. Saya beli tiket ke Krabi ni dah lama. Sebelum kahwin lagi dengan tujuan untuk pergi honeymoon. Masa beli tu, tarikh kahwin pun belum finalized kan lagi. Maklumlah baru bertunang 2 minggu je mase book tiket flight tu (Bulan Ogos 2014). hehehe (kawan2 boleh ikut tips ni kalau nak suruh pasangan anda tetapkan tarikh dengan cepat) Tarikh yang dipilih untuk fly ke Krabi adalah October 2015. Nampak tak perancangan halusnye?? Maknanya, tarikh kahwin haruslah tidak melebihi bulan October 2015. Alhamdulillah, kami selamat berkahwin pada April 2015 lepas (Kalau tau, amik tiket lagi awal). Lama gak peram tiket nak pergi holiday and nasib tak ada isi lagi. (Belum rezeki kami). Kalau dah ada isi pun, saya tetappp nak fly ke Krabi gak!

Masa promo AirAsia tu, tiket ke Krabi kami dapat dengan harga RM284 untuk 2 tiket pergi balik (RM142/seorang) termasuk Seat Selection add-on (Kononnya tak mahu duduk asing kalau tak pilih seat awal-awal). Add-on lain saya tak buat termasuk luggage, meals & travel insurance (Nak jimat punya hal).



Dah beli tiket flight, haruslah kita booking hotel kan. hehehe.. Walaupun saya ni kerja di travel agent, saya ni tetap suka holiday style backpackers!

Sebab nya :

1 . Lebih menjimatkan belanja
2. Timing lebih flexible. (Tak terkejar-kejar nak ikut tour guide tu punya timing.)
3. Saya memang suka sesat!! (Sebab kita tak akan tau apa bende yang akan jadi. Boleh jadi kita jumpa something yang orang lain tak pernah rasa atau tau, or mungkin boleh jadi pengalaman buruk, so, boleh bg tips kat orang lain)

So, hotel saya usya dulu kat booking.com, agoda, laterooms, expedia dan segala macam website instant booking punya. Banding punya banding, saya book kat agoda.com. Hotel yang saya pilih adalah Amorn Mansion dengan harga sebanyak MYR200.52 untuk 3 malam (kira2 MYR66.84/malam).



Murahkan untuk 3 malam? Ye la, nama pun nak holiday style backpackers, so hotel yang kitorg pilih pun yang bajet punya la. Pilihan dibuat lepas bandingkan lokasi dengan lain-lain hotel. Hotel ni dekat dengan pantai and dekat dengan deret-deret kedai. Senang untuk cari makan, sewa motor, massage, tour dan makan lagi. Landmark hotel ni dekat dengan McD (McD sana tak dapat dipastikan tahap ke Halal an nya.. Saya tak makan pun)




Tunggu punya tunggu, tarikh untuk fly dah sampai. Yang pening nya, masa nak pergi kadar tukaran Thai Baht (THB) ke Ringgit Malaysia (MYR) adalah sebanyak 100 THB = MYR12.30. Mahal gila! Tapi nak tak nak kena la tukar jugakkan duit tu. Nak tukar kat Thailand lagi mahal jawabnya. So 2 hari sebelum fly, saya tukar dulu 10000 THB = MYR1230. Tuptup, pagi sebelum kami fly, duit Thai Baht jatuh lagi, (100THB = MYR12.17) saya terus ajak laki gegas tukar lagi 4000 THB dengan tujuan spare emergency.

Macam yang korang semua tahu, Malaysia sekarang dah tambah lagi satu musim selain Musim Panas & Musim Tengkujuh iaitu Musim JEREBU! Ni pun satu hal buat kitorg pening! Tengok berita banyak flight kene cancel. Sehari sebelum fly lagi pening, kat berita cakap Thailand pun dah kena jerebu! Risau beb flight kena cancel. Tapi Alhamdulillah, flight kami tak kena cancel. Jadi tak perlu beli Travel Insurance.

Hari nak ke airport tu, kitorang decide nak naik Aerobus je dari Klang. Aerobus dari Klang hanya depart dari Hotel Premiere sahaja. Dengan harga tiket RM12/seorang. Beli online je kat sini. Masa perjalanan tepat 1 jam dari Klang ke KLIA2.

Sampai airport macam biasa la, mesti cari makan dulu sebab sampai awal. (Flight pukul 4.15pm, jam 2.00pm dah tarcatuk kat KLIA2). Makan la kat QUIZZIN. Carik gerai nasi goreng-goreng. Perut melayu la katakan.. Nak jugak makan nasi. (Mahal dan tak sedap! Air teh O ais dia serupa minum air gula kosong je. Teh tak ada rasa langsung).

Abis makan, terus masuk terminal gate L16. Jauh okeh nak pergi International punya terminal tuh! Tengah syok tunggu, baruuuu je lepas cakap kat laki saya "Eh macam flight delay je nih.. Tak nampak pun flight nye" tetiba terus dengar "ting tonggg.. Harap maaf. Kepada penumpang pesawat AK860, penerbangan anda ditangguhkan ke waktu 4.45pm atas sebab kelewatan pesawat. Harap Maklum" lebih kurang tu la pengumuman nye... Haaaa ngammmm je lepas saya cakap kat laki saya benda tu... okehhh.. Layan main fesbuk balik.. Tengok jam, oklah lewat setengah jam, choiiii... Dekat sejam gak last-last delay nya!

Tak pe lah.. Janji kitorang dapat jugak pergi ke Krabi tu, daripada kena cancel flight, tak lagi naya!!



P/S : Saya still update lagi entry untuk Day 1, Day 2, Day 3 and Day 4 Krabi Trip saya

TRAVELLING TO KRABI TIPS:

1. Beli tiket time AirAsia tengah sale. Boleh dapat serendah RM300 untuk 2 orang pergi balik punya tiket.

2. Book hotel kat Agoda.com, Booking.com, Expedia, Trivago, Hotelsclub etc. Buat perbandingan.. Sebab setengah website offer lagi murah walaupun hotel yang sama.

3. Kalau tak ada transport nak ke KLIA / KLIA2, boleh try naik Aerobus. Kalau dari Klang, Aerobus hanya depart dari Hotel Premiere dengan tiket berharga RM12 /sehala/seorang. Beli online awal-awal pun boleh. Flight awal pagi pun tak ada masalah sebab Aerobus bermula seawal 3.00 pagi dari Klang. 

No comments: