Sampai sane, kedai pun tak bukak lagi.. Jadinya kami ke Family mart untuk beli roti, biskut and air mineral. Haa time ni dah gaduh dengan laki.. Dah cakap dengan dia, tak payah beli air.. Dalam bot diorang bagi free flow. Means amik berapa kali kita nak pun. Tapi laki insist nak beli gak. So saya suruh dia amik botol kecik ja.
Laluan dari Amorn Mansion ke jalan besar. Memang sempit pun. Tu sebab kena tunggu kat office tour. Office tu betul-betul kat belah kiri hujung lorong ni.. menghadap jalan besar. |
Dah lepas beli tu, tunggu balik depan kedai tour kami tu. Tak lama lepas tu, ada la trak pickup atau nama local nya Songtheaw datang berhenti. Turun sorang brader ni tanya 4 island? Kitorang angguk. Receipt please. Kitorang keluarkan resit, pastu tros naik trak tu.
Gambar blur plak. Dalam Songtheaw tu. |
Sebelum naik bot, kami di suruh buka selipar dan semua selipar kami disimpan dalam satu beg besar. Mungkin untuk kesenangan semua pihak, tak ada yang tercicir selipar tengah laut ke apa, maka diorang kumpulkan satu tempat.
Makan bergerak lah kami beramai-ramai dalam bot menuju destinasi pertamaaaa.. Iaitu PODA ISLAND. Masa perjalanan dalam 20 minit. Tour leader tu pun bagi taklimat sikit dalam boat even English dia berterabur and tak berapa paham, tapi boleh tangkap dia cakap Poda Island, 40 minutes. Maknanya kami semua diberikan masa 40 minit untuk explore pulau tu.
Dah puas berenang, naik bot lagi.. Kali ni destinasi ke-2 adalah Chicken Island. Dalam bahasa Thai nya, Koh Kai Island. Kat sini memang boleh nampak pulau tu bentuk macam kepala ayam. Bot tak berhenti tepi pantai macam mula-mula. Bot berhenti tengah lauh untuk activity snorkeling. Yang ni kami tak snap gambar sebab tak ada camera waterproof. Pun dia kasi chance berenang dalam 40 minit. Coral kat sini tak banyak and tak berapa cantik. Tapi sempat la nampak tiram besar gila kat dasar laut tu.. sempat tengok dia bukak tutup bukak tutup cengkerangnya tu.. Cukup 40 minit, tour guide kami tiup wisel suruh naik bot.
Lepas tu dia bawak ke pulau ke-3 iaitu Tup Island. Haaa.. Sampai je pulau ni, kami terus di beri lunch dan masa lebih kurang sejam setengah untuk explore pulau tu.
Nak cerita sikit pasal Tup Island ni. Kat area ni ada 3 pulau yang berdekatan. Dan jika bernasib baik, tour guide akan bawak korang ke sini time air tengah surut.. Sebab nya, korang boleh berjalan dari satu pulau ke pulau lagi satu dengan jalan kaki je bila air surut.. Kalau air pasang tak leh nak lintas laut tu.
Ni la Tup Island |
Nampak orang kat tengah laut tu? haa tu semua tengah meraduk air laut nak ke pulau belakang tu.. |
Penat jugak menyeberang pulau tu time air tengah paras lutut. Pergi balik dekat setengah jam jugak la.
Cukup masa, naik bot lagi untuk ke destinasi akhir. Phra Nang Beach.
Kat sini pun beractivity renang.. Yang syok nya kat sini, boleh berenang bawah gua.
Kat Phra Nang Beach |
Lepas tu, kat sini kalau nak beli makanan, diorang ada jual dari bot. Kitorang sempat beli fruit shake yang super sedap and jagung bakar yang biasa-biasa aja.
Haa tu dia gerai jual makanan diorang. Boleh order nasi goreng sekali tau! |
Nak balik dari hotel kali ni pulak, diorang sedia kan bas, and dia berhenti kat setiap perhentian korang. Kalau tak berhenti, boleh je jerit suruh driver tu stop.
Sebelum balik hotel, sempat lagi singgah family mart dengan baju basah kitorang tu sebab nak beli shampoo. (Tak bawak syampoo punya hal & saya jenis tak suka pakai shampoo hotel)
Sampai hotel mandi and rehat kejap. Penat berenang punye pasal. Lebih kurang pukul 5 petang, kami keluar balik jalan-jalan. Macam biasa la.. Mesti makan je kami cari. Jalan-punya jalan sampai penat nak patah balik ke hotel, kami naik tuk-tuk.
First-first cakap kat driver tu, "McD area" "30 baht" jawap driver tu. Ok on sebab dah penat nak patah balik plus perut dah lapar balik. So, laki saya borak la ngan driver tu walaupun tak paham sepatah haram dia sebut. Sekali laki saya tanya "Night Market how much" dia cakap dia tak bawak pegi sana. Lepas tu macam mana tah, dia sebut "Go Local Market today" tanya harga "300 baht, i wait you" macam mahal, tapi laki saya setuju pulak.. Tak apalah.. pergi je la..
Haaa sampai sana, syok jugak. Tak de tourist kami jumpa kat situ. Makanan kat sana memang banyak. Sempat grab, udang goreng, Egg mussle, Fruit shake and paling saya suka, pisang lenyek cicah sos susu. Serius ini memang sedap gila! Mana nak dapat eh kat sini?
Ni kat Local Market Ao Nang. Ingat ye.. beza dengan Night Market Krabi. Yang ni dekat je ngan Ao Nang. |
Ni la rupa pisang lenyek tu. Makan dengan sos dia. Memanggg sedap. Menyesal beli satu set aje. |
Dah abis beli belah, suruh driver tu hantar tepi pantai. Sebab nak lepak tepi pantai sambil makan juadah yang kami beli kat pasar tu.
Abis makan, lepak sampai pukul 6 lebih. Hari dah mula gelap, kami jalan-jalan lagi kat Ao Nang tu sesambil tanya harga sewa motor. Sebab nya esok nak pergi ke Emerald Pool naik moto. Nak jimat punya hal. Nanti saya bagitau berapa banyak korang dapat jimat kalau sewa motor sendiri banding beli pakej kat agent tour.
Sambil jalan tu, perut kami lapar lagi.. *Kami memang kuat makan. Selang setengah jam tu perkara normal*
Malam kedua kami decide makan kat warung jugak lagi. Kali ni saya order Pad Thai, and laki saya order nasi goreng. Pun murah, jimat, kenyang dan paling penting sedap. Kedai ni kecik je, tapi orang ramai. Ada orang putih tu sanggup tunggu meja kosong sebab nak makan kat situ jugak. Yang pelik, kedai sebelah yang tak halal tu tak nak pulak diorang makan.
Pad Thai. |
Ni gerai nya.. Biasa je kan.. Tapi orang ramai makan kat sini. |
Abis makan biasa la.. berjalan lagi. *Kat krabi ni memang berjalannnn je* Sambil jalan, nampak kedai jual pancake lagi.. Singgah lagi beli.. Malam tu saya cuba pulak manggo nutella pancake. Haaa sedap jugak kottt.. *Kan dah cakap, kami kuat makan.. tak sampai setengah jam tu selang masa*. Sesambil tu usya lagi kedai sewa motor.
Tengah jalan-jalan tu, ada awek offer massage kat kami. Semua kami tolak.. Sampai la kat satu kedai ni, dekat dengan hotel kami jugak.. Dia offer foot massage harga 200 baht untuk 1 jam. Dia bagi sekali FREE shoulder and neck massage. OKKK terus kami setuju sebab dah penat jalan.
Memang sedap kot kena massage. Murah pulak tu. Kalau kat uptown RM25 utk setgh jam je.. yang ni dapat 200THB untuk sejam tu.
Abis massage terus balik hotel sebab dah penat. Tengok jam dekat pukul 11 local time. Jam Malaysia pukul 12 mlm. Sebab tu dah layu. Masuk tido awal sebab esok nak bangun awal lagi dengan tour seterusnya.
2 comments:
شركة جلي بلاط بجازان
شركة رش مبيدات بجازان
شركة كشف تسربات المياة بجازان
شركة عزل خزانات بجازان
شركة عزل اسطح بجازان
شركة تنظيف مجالس بجازان
شركة تنظيف فلل بجازان
شركة تنظيف شقق بجازان
شركة تنظيف خزانات بجازان
شركة صيانة مكيفات بجازان
شركة تنظيف منازل بجازان
شركة تنظيف بجازان
شركة نقل عفش بجازان
شركة مكافحة حشرات بجازان
شركة مكافحة النمل الابيض بجازان
شركة تنظيف سجاد وموكيت بجازان
شركة تنظيف كنب بجازان بالبخار
شركة اعمال لياسة بجازان
شركة اعمال سباكة بجازان
شركة اعمال سباكة بجازان
شركة مقاولات بجازان
Post a Comment