Pages

Monday, August 27, 2012

Kek choc moist

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
*1 cawan serbuk koko
*1/2 cawan gula halus
*1 cawan air panas
*1/2 cawan susu cair

Cara-cara
1. Masukan bahan yang bertanda * serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan *susu cair kacau rata dan ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji, vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,

3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.

4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 3 sudu besar susu pekat manis (ikut secukup rasa anda) dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.


Thursday, August 23, 2012

Resepi Kek Buah dan badam

Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan kurma - dicincang
1/4 cawan air panas
185 gm mentega
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur
2 cawan tepung kek / tepung naik sendiri
1/2 cawan badam
1/2 cawan ceri dicincang

Cara membuatnya:
1. Gris acuab 9 x 9 x 2. Lapik kertas dan gris kertas.
2. Campurkan kurma dengan air panas. Biarkan sehingga sejuk.
3. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Kacau rata. Masukkan tepung 2 kali.
4. Ratakan bancuhan dalam acuan. Campurkan kurma bersama airnya sekali ke dalam bancuhan yang selebihnya dan tuang ke dalam acuan. Taburkan badam dan ceru. Bakar pada 180'C selama 45 minit. Sejukkan sebelum potong.


Resepi Coklat Delight

100 gm margerin
175 gm gula hangus
1 sudu besar sirap gula hangus
2 biji telur
170 gm tepung kek / tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk koko
30 gm coklat cip
Secubit garam

Cara membuatnya:
1. Putar marjerin bersama gula halus hingga kembang. Masukkan sirap gula hangus dan kacau hingga rata.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji,kaup balikkan tepung.
3. Campurkan coklat cip dan gaul rata. Masukkan ke dalam bekas dan bakar hingga masak.
4. Hias dengan buah-buahan.


Resepi biskut raya - Pamelo Oren Rangup

Bahan-bahannya:
130 gm mentega
70 gm gula kastor
1 biji kuning telur
40 gm cornflakes - dimesin
2 sudu besar badam cincang
20 gm susu tepung
1/2 sudu pes oren
1/8 sudu teh serbuk penaik
20 gm tepung kentang
40 gm tepung jagung
150 gm tepung gandum

Hiasan:
Kuning telur dan badam cincang

Cara membuatnya:
1. Putar mentega, gula, kuning telur dan pes oren sehingga sebati. Masukkan bahan kering lain.
2. Uli menjadi doh dan terap dengan acuan. Hias dan bakar.


Resepi tat nenas

Bahan-bahannya:
250 gm mentega
50 gm gula aising
50 gm tepung jagung
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar susu tepung
300 gm tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik

Hiasan:
Kuning telur & jem nenas

Jem nenas:
300 gm nenas (disagat/diparut)
100 gm gula kastor
Kulit kayu manis
Secubit garam

Cara membuatnya:
1. Pukul sebati mentega dan gula. Masukkan esen vanilla kuning telur. Selepas itu masukkan bahan bahan lain.
2. Uli hingga menjadi doh. Canai adunan dan gunakan penggelek khas
3. Potong adunan bentuk persegi dan letakkan inti di tengah. Gulung kemas. Sapu kuning telur dan bakar.