Pages

Showing posts with label biskut. Show all posts
Showing posts with label biskut. Show all posts

Thursday, August 23, 2012

Resepi biskut raya - Pamelo Oren Rangup

Bahan-bahannya:
130 gm mentega
70 gm gula kastor
1 biji kuning telur
40 gm cornflakes - dimesin
2 sudu besar badam cincang
20 gm susu tepung
1/2 sudu pes oren
1/8 sudu teh serbuk penaik
20 gm tepung kentang
40 gm tepung jagung
150 gm tepung gandum

Hiasan:
Kuning telur dan badam cincang

Cara membuatnya:
1. Putar mentega, gula, kuning telur dan pes oren sehingga sebati. Masukkan bahan kering lain.
2. Uli menjadi doh dan terap dengan acuan. Hias dan bakar.


Resepi tat nenas

Bahan-bahannya:
250 gm mentega
50 gm gula aising
50 gm tepung jagung
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar susu tepung
300 gm tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik

Hiasan:
Kuning telur & jem nenas

Jem nenas:
300 gm nenas (disagat/diparut)
100 gm gula kastor
Kulit kayu manis
Secubit garam

Cara membuatnya:
1. Pukul sebati mentega dan gula. Masukkan esen vanilla kuning telur. Selepas itu masukkan bahan bahan lain.
2. Uli hingga menjadi doh. Canai adunan dan gunakan penggelek khas
3. Potong adunan bentuk persegi dan letakkan inti di tengah. Gulung kemas. Sapu kuning telur dan bakar.